Wednesday, 30 October 2024

Lawatan terbaru masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang

Salam. Sedikit perkongsian dari jauh. 




Petang Isnin 21 Oktober 2024. Singgah di hentian Gua Musang di mana terdapat masjid ini. 





Lebih kurang 7 bulan lalu saya pernah singgah sekali dalam artikel Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang. Nama masjid ini diberi semperna nama pemilik bas Mutiara, Pok Nik Loh. 









Menurut cerita, masjid ini dibina oleh pemilik bas itu menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat. 










Dengan ada kemudahan masjid ini memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat tanpa perlu bersesak ke surau hentian tersebut terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah. Selain itu, diberi kemudahan pula untuk penduduk sekitar termasuk pelajar asrama Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GuaMSS) yang letaknya tidak jauh dari hentian ini ketika diadakan solat Jumaat. 










Sama seperti masjid baru yang menyerupai 'Masjidil Haram' di Gua Musang, ia turut dibina menggunakan wang persendirian. Lihat Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap. Untuk makluman, ini adalah artikel ke-222 di blogspot ini. 




No comments:

Post a Comment

Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...