Saturday, 16 November 2024

Jabal An-Nur

Salam. Masih memasuki hari ke-6 perjalanan di Tanah Suci. 




Jumaat 25 Oktober 2024 malam Sabtu. Masih lagi berada di Mekah lalu singgah di Jabal An-Nur. 









Dari puncak bukit (Jabal) tersebut terlihat pemandangan Kota Suci Mekah. 





Istimewa di situ terdapat Gua Hira' di mana tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dan berdakwah untuk menyebarkan agama Islam. 







Friday, 15 November 2024

Masjid Al-Kou'

Bersambung daripada Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif...




Tidak jauh dari Taif terdapat pula masjid ini. 





Namanya Masjid Al-Kou' atau dikenali sebagai 'masjid siku' (Kuk). Masjid ini merupakan tempat Nabi Muhammad SAW hampir dibunuh dengan menggunakan batu besar, namun ditolak tidak jatuh sehingga kini. 




Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif

Bersambung daripada Masjid Qarnul Manazil, Al-Sail Al-Kabir...




Dari Al-Sail Al-Kabir singgah ke bandar Taif di mana terdapat masjid ini. 









Namanya Masjid Abdullah Bin Abbas. Diberi nama semperna sepupu Nabi Muhammad SAW. Beliau juga merupakan ulama' dalam bidang pemahaman Al-Quran. 










Di situ letaknya makam Abdullah Bin Abbas disemadikan bersebelahan luar kanan masjid ini. 





















Masjid Qarnul Manazil, Al-Sail Al-Kabir

Salam Jumaat. Hari penghulu segala hari. Diteruskan lagi hari ke-5 perjalanan umrah di Tanah Suci. 





Tengah hari Khamis 24 Oktober 2024. Dalam 94 km dari timur Mekah singgah di masjid ini. 










Hasil carian Google mendapati nama masjid ini ialah Masjid Qarnul Manazil, letaknya di Al-Sail Al-Kabir. 










Ia adalah satu lagi tempat miqat iaitu tempat berniat untuk menunaikan umrah. 











Sunday, 10 November 2024

Muzium Al-Amoudi

Bersambung daripada Tapak masjid lama Hudaibiyah...




Bergerak pula 13 km dari masjid Hudaibiyah melawat pula ke tempat ini. 





Namanya Muzium Al-Amoudi. 










Ia menempatkan beberapa barangan tinggalan purba zaman peradaban masyarakat Arab pada suatu masa dahulu. 










Antara pameran dan artifak purba pada masa dahulu itu disimpan di dalam muzium ini. 



































Tapak masjid lama Hudaibiyah

Bersambung daripada Masjid Hudaibiyah...





Di sebelah masjid tadi terdapat juga tapak masjid lama. 









Ia adalah tinggalan lampau lebih kurang 1,500 tahun lalu. 

















Masjid Hudaibiyah

Salam. Terus memasuki hari ke-4 perjalanan umrah di Tanah Suci. Ini masih berada di Mekah. Untuk makluman, ibu saya hari ini masih berada di Madinah dan kemungkinan esok akan terus ke Mekah. 





Petang Rabu 23 Oktober 2024 singgah di masjid ini. 





Ia adalah masjid yang dikenali ramai iaitu Masjid Hudaibiyah. Hudaibiyah merupakan tempat perjanjian damai antara orang Islam Madinah dan orang kafir Quraisy Mekah diadakan. 









Ia adalah satu lagi tempat miqat iaitu tempat berniat untuk menunaikan umrah. 















Masjid At-Thoyyibah, Seberang Pasir Mas, Salor

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Seberang Pasir Mas, Salor ... Di lokasi sama pula ialah Masjid At-Thoyyibah.  Ia adalah kali per...