Friday 15 March 2019

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

Salam Jumaat. Meneruskan lagi
hari terakhir berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4-9 Februari.

Pagi Sabtu 9 Februari 2019 barulah kami pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sampai di Gua Musang lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

Binaan masjid ini kelihatan menarik.


Lihat ke dalam...



Maklumat mengenai masjid ini. Ia dibina pada 19 Oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991.

Difahamkan masjid ini merupakan masjid utama daerah bagi Gua Musang. 

Setelah 4 tahun masjid ini siap dibina, ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada 15 Februari 1995.

Nama Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra telah diambil semperna dengan nama Tengku Bendahara Kelantan pada ketika itu (kini dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada tahun 2010 hingga kini).

Kedudukan masjid ini berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur memudahkan para pengguna jalan tersebut berhenti rehat dan menunaikan solat.

Pada masa yang sama kedudukan masjid ini juga berada di kawasan tanah tinggi. Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-41 di dalam blogspot ini.

No comments:

Post a Comment

Masjid Hidayah Mustaqim, mukim Pak Keral, Pengkalan Kubor

Daripada 2 minggu lalu... Petang Sabtu 17 Ogos 2024 saya ke Pengkalan Kubor lalu singgah di Masjid Hidayah Mustaqim di mukim Pak Keral.  Lih...