Friday, 15 November 2024

Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif

Bersambung daripada Masjid Qarnul Manazil, Al-Sail Al-Kabir...




Dari Al-Sail Al-Kabir singgah ke bandar Taif di mana terdapat masjid ini. 









Namanya Masjid Abdullah Bin Abbas. Diberi nama semperna sepupu Nabi Muhammad SAW. Beliau juga merupakan ulama' dalam bidang pemahaman Al-Quran. 










Di situ letaknya makam Abdullah Bin Abbas disemadikan bersebelahan luar kanan masjid ini. 





















Masjid Qarnul Manazil, Al-Sail Al-Kabir

Salam Jumaat. Hari penghulu segala hari. Diteruskan lagi hari ke-5 perjalanan umrah di Tanah Suci. 





Tengah hari Khamis 24 Oktober 2024. Dalam 94 km dari timur Mekah singgah di masjid ini. 










Hasil carian Google mendapati nama masjid ini ialah Masjid Qarnul Manazil, letaknya di Al-Sail Al-Kabir. 










Ia adalah satu lagi tempat miqat iaitu tempat berniat untuk menunaikan umrah. 











Sunday, 10 November 2024

Muzium Al-Amoudi

Bersambung daripada Tapak masjid lama Hudaibiyah...




Bergerak pula 13 km dari masjid Hudaibiyah melawat pula ke tempat ini. 





Namanya Muzium Al-Amoudi. 










Ia menempatkan beberapa barangan tinggalan purba zaman peradaban masyarakat Arab pada suatu masa dahulu. 










Antara pameran dan artifak purba pada masa dahulu itu disimpan di dalam muzium ini. 



































Tapak masjid lama Hudaibiyah

Bersambung daripada Masjid Hudaibiyah...





Di sebelah masjid tadi terdapat juga tapak masjid lama. 









Ia adalah tinggalan lampau lebih kurang 1,500 tahun lalu. 

















Masjid Hudaibiyah

Salam. Terus memasuki hari ke-4 perjalanan umrah di Tanah Suci. Ini masih berada di Mekah. Untuk makluman, ibu saya hari ini masih berada di Madinah dan kemungkinan esok akan terus ke Mekah. 





Petang Rabu 23 Oktober 2024 singgah di masjid ini. 





Ia adalah masjid yang dikenali ramai iaitu Masjid Hudaibiyah. Hudaibiyah merupakan tempat perjanjian damai antara orang Islam Madinah dan orang kafir Quraisy Mekah diadakan. 









Ia adalah satu lagi tempat miqat iaitu tempat berniat untuk menunaikan umrah. 















Thursday, 7 November 2024

Jabal Rahmah

Bersambung daripada Masjidil Haram...




Sekitar 23 km dari Masjidil Haram singgah di tempat ini dinamakan Jabal Rahmah. 










Tiang batu ini menandakan puncak bukit. 














Di sini pada zaman dahulu kala tempat Nabi Adam bertemu semula dengan isteri baginda, Siti Hawa selepas 40 tahun terpisah, selepas dikeluarkan dari syurga. Suatu masa dahulu juga, di sini Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam yang menunaikan ibadah Haji sebelum baginda SAW meninggal dunia. 









Setiap tahun Islam 9 Zulhijjah iaitu hari Wukuf, di sini tempat jemaah Haji melontar di Padang Arafah. 
















Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...