Thursday, 7 November 2024

Masjidil Haram

Salam. Baru ini ayah dan rakan sekerja saya membuat perjalanan umrah ke Tanah Suci. Walaupun gambar ini ayah saya yang ambil, saya tetap mengemaskini artikel di dalam blogspot ini. 




Perjalanan dimulakan petang Ahad 20 Oktober 2024 apabila penerbangan terus naik dari Kuala Lumpur selama 8 jam dan sampai ke Jeddah sebaik sahaja waktu di sana malam. Esoknya Isnin 21 Oktober singgah di Mekah untuk beberapa urusan tentang panduan ke umrah bersama ejen terlibat. Seterusnya awal pagi Selasa 22 Oktober setelah berjalan kaki dari hotel singgah solat Subuh di Masjidil Haram. 









Ia adalah masjid terbesar di dunia dan menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Gambar mula dari atas adalah menara jam tertinggi dan juga merupakan jam terbesar di dunia. Nama Arabnya Abraj Al-Bait dan inggerisnya Makkah Royal Clock Towers. 










Apa yang menarik di dalamnya...


















Yang menariknya adalah kotak berbentuk empat segi yang mana dikelilingi oleh semua orang mengikut lawan jam (Tawaf). Bermakna umat Islam seluruh dunia menghadap kotak hitam besar ini (kiblat) ketika menunaikan solat. Ini dipanggil Kaabah. Di atasnya terdapat satu batang tembaga tempat air mengalir ke bawah untuk mengelakkan air bertakung pada atap Kaabah ketika hujan. Batang ini dipanggil Pancuran Emas. 





Gambar ini pada esoknya Rabu 23 Oktober di kawasan Sa'ie (Safa dan Marwah). 


















Ini adalah Hajarul Aswad, batu hitam suci dikatakan diturunkan dari syurga. 




No comments:

Post a Comment

Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...