Sunday, 17 February 2019

Masjid Qariah Dong, Raub

Bersambung daripada Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang...

Dari Merapoh kami menghala pula ke Kuala Lumpur lalu singgah di masjid ini.


Ia adalah masjid qariah bagi Dong, Raub, Pahang...


Lihat ke dalam...


Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-35 di dalam blogspot ini.



Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang

Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya bersama keluarga pergi ke Bangi semperna Tahun Baru Cina 2019. Perjalanan ini bermula pada pagi Isnin 4 Februari 2019. Hari ini bermulalah saya berkongsi cerita tentang perjalanan tersebut...

Kami melalui jalan Kota Bharu ke Gua Musang berdekatan Paloh lalu diminta singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Sultan Ahmad, letaknya di Paloh, Gua Musang.

Atau dikenali sebagai Masjid Keputeraan.




Sedikit maklumat. Nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan semperna nama putera sulung kepada Sultan Muhammad II. Nama sebenarnya ialah Long Ahmad @ Long Sulung bin Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) bin Long Tan (Raja Temenggong Aria Pahlawan).

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1886, maka anakandanya, Long Ahmad telah ditabal menaiki takhta dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda mempunyai 12 orang putera dan 12 orang puteri.

Baginda Sultan Ahmad memerintah negeri ini hanya sekitar empat tahun. Baginda mula gering dan telah mangkat pada tahun 1890. Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.

Walaupun baginda memerintah tidak terlalu lama, baginda telah melaksanakan pemerintahan secara hukum syarak iaitu hukuman hudud di mana pencuri-pencuri didapati bersalah, maka hukumannya adalah potong tangan.

Nama baginda diungkap sebagai simbol pengabdian diri kepada seorang hamba.

Walaupun masjid ini baru dibuka dalam tujuh tahun yang lalu, nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan bagi memberi ingatan dan kenangan kepada seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam amnya. Kedudukan masjid ini amat sesuai kerana berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Ini memudahkan para pengguna jalan raya ini berhenti rehat dan menunaikan solat.

Sunday, 27 January 2019

Masjid Diraja Long Yunus, Langgar, Kota Bharu

Tadi saya pergi ke Billion Kota Bharu lalu singgah di masjid lama ini.


 

Namanya Masjid Diraja Long Yunus atau dikenali sebagai Masjid Langgar.


Lihat ke dalam...




Di sebelah masjid ini terdapat sebuah makam dipanggil Makam Diraja Langgar.

Makam diraja ini menempatkan raja-raja Kelantan pada tahun dahulu mangkat dan disemadikan di makam ini.

Monday, 21 January 2019

Masjid Zairiz Al-Iman, Kedai Buloh, PCB

Bersambung daripada Masjid As-Syakirin, Semut Api, PCB...

Dari Pantai Mek Mas saya menuju ke Pengkalan Chepa lalu terlihat masjid ini dan singgah.

Saya agak tertarik dengan reka bentuk masjid ini termasuk bumbung.


Namanya Masjid Zairiz Al-Iman, Kedai Buloh, berdekatan PCB.


Lihat ke dalam...



Tetapi ketika sampai ramai pula orang sedang menunaikan solat Maghrib...



Masjid As-Syakirin, Semut Api, PCB

Petang Jumaat lepas saya pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid As-Syakirin.

Letaknya di Kampung Semut Api, berdekatan PCB.


Lihat ke dalam...





Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...