Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya bersama keluarga pergi ke Bangi semperna Tahun Baru Cina 2019. Perjalanan ini bermula pada pagi Isnin 4 Februari 2019. Hari ini bermulalah saya berkongsi cerita tentang perjalanan tersebut...
Kami melalui jalan Kota Bharu ke Gua Musang berdekatan Paloh lalu diminta singgah di masjid ini.
Namanya Masjid Sultan Ahmad, letaknya di Paloh, Gua Musang.
Atau dikenali sebagai Masjid Keputeraan.
Sedikit maklumat. Nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan semperna nama putera sulung kepada Sultan Muhammad II. Nama sebenarnya ialah Long Ahmad @ Long Sulung bin Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) bin Long Tan (Raja Temenggong Aria Pahlawan).
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1886, maka anakandanya, Long Ahmad telah ditabal menaiki takhta dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda mempunyai 12 orang putera dan 12 orang puteri.
Baginda Sultan Ahmad memerintah negeri ini hanya sekitar empat tahun. Baginda mula gering dan telah mangkat pada tahun 1890. Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Walaupun baginda memerintah tidak terlalu lama, baginda telah melaksanakan pemerintahan secara hukum syarak iaitu hukuman hudud di mana pencuri-pencuri didapati bersalah, maka hukumannya adalah potong tangan.
Nama baginda diungkap sebagai simbol pengabdian diri kepada seorang hamba.
Walaupun masjid ini baru dibuka dalam tujuh tahun yang lalu, nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan bagi memberi ingatan dan kenangan kepada seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam amnya. Kedudukan masjid ini amat sesuai kerana berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Ini memudahkan para pengguna jalan raya ini berhenti rehat dan menunaikan solat.
Masjid dan surau di seluruh dunia termasuk seni bina lama (Mosques and suraus around the world including old architecture). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masjid Iqra, Paya Rawa
Bersambung daripada Surau Dato Amar, Pasar Payang ... Malam itu sebelum memasuki pekan Kampung Raja, Besut ternampak masjid Paya Rawa lalu ...
-
Bersambung daripada Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota ... Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini. ...
-
Salam. Pagi Rabu 20 November 2024. Saya ke Pasir Mas lalu singgah di masjid ini. Letaknya di Tal Tujuh, mukim Sakar. Lihat ke dalam...
-
Cuma ini daripada 2 hari lalu. Petang Rabu 18 Disember 2024. Saya ke Pantai Che Latiff di Kuala Besar berdekatan Jalan Pantai Cahaya Bulan ...











No comments:
Post a Comment