Friday 18 October 2019

Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa

Bersambung daripada Masjid Al-Hidayah, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa...

Di celah-celah Pengkalan Chepa terlihat juga masjid ini.

Namanya Masjid As-Salam.




Sedikit maklumat. Masjid ini dibina pada akhir tahun 1970an dibina atas usaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Dikenali sebagai Masjid Penjara kerana kedudukannya berhadapan penjara.

Masjid ini dibuka pada tahun 1980 seterusnya dirasmikan oleh Tun Musa Hitam, selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985.

Pada peringkat awal, masjid ini dikendalikan oleh 2 orang ustaz dari pegawai penjara dengan secara kontrak dan melantik mereka sebagai imam. Pada tahun 1983 pihak MAIK telah melantik Tuan Haji Hassan Musa sebagai Imam 1 dan Tuan Haji Said Dato' Haji Mohd Nor sebagai Imam 2 untuk bertugas di masjid ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertama masjid ini ialah YB Dato' Haji Hashim Haji Muhammad dan Jawatankuasa Induk Kedua ialah YB Dato' Haji Salleh Mohd Akib.


No comments:

Post a Comment

Masjid Hidayah Mustaqim, mukim Pak Keral, Pengkalan Kubor

Daripada 2 minggu lalu... Petang Sabtu 17 Ogos 2024 saya ke Pengkalan Kubor lalu singgah di Masjid Hidayah Mustaqim di mukim Pak Keral.  Lih...