Wednesday, 19 September 2018

Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah

Bersambung daripada Masjid lama Pulau Gajah...

Ini pula adalah masjid baru di Pulau Gajah...

Singgah di Masjid Ar-Rahman pada senja itu juga.

Di bawah menara ada tempat wuduk yang berlainan kepala paipnya.


Biasanya tidak dijumpai di Malaysia ada paip wuduk yang menyerupai celak mekah. Tetapi kebiasaannya hanya berada di Turki sahaja yang mempunyai paip seperti ini.

Difahamkan masjid ini baru dibuka 5 bulan lalu. Nampaknya ia menggantikan masjid lama (rujuk artikel Masjid lama Pulau Gajah di blogspot Jom ke Masjid) yang terletak berhadapan dengan masjid baru ini.

Ini kerana reka bentuknya dibuat berdasarkan reka bentuk masjid Nusantara yang lain.

Selepas itu kita lihat ke dalam...

Keseluruhan binaan diperbuat daripada kayu.

Katanya ia dibina oleh Dato Wan Mohamad Arif, merupakan seorang jutawan Melayu menggunakan duit sendiri untuk sumbangan kepada masyarakat ini.


Kos keseluruhannya tak silap saya dalam RM 4 juta.



Di halaman masjid ini ada batu besar yang berukir ayat al-Quran. Saya tertarik juga tetapi kelihatan seperti 'batu bersurat'.



No comments:

Post a Comment

Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...