Bersambung daripada Masjid di Jabal Uhud...
Masjid dan surau di seluruh dunia (Mosques and suraus around the world). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Sunday, 24 November 2024
Masjid Quba
Seterusnya singgah di masjid ini.
Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah Islam, pada masa itu Nabi Muhammad SAW sampai ke Madinah dalam peristiwa Hijrah.
Masjid di Jabal Uhud
Bersambung daripada Jabal Uhud...
Di bawah kaki bukit Jabal Uhud terdapat masjid ini.
Berdasarkan dalam Google Maps mendapat nama masjid ini ialah Masjid Sayyid As-Shuhada. Bersebelahan dengannya terdapat makam yang menempatkan pejuang Islam yang mati syahid dalam peperangan itu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-237 di blogspot ini.
Jabal Uhud
Memasuki hari ke-9 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Pagi Isnin 28 Oktober 2024. Setelah melawat beberapa tempat di sekitar Madinah singgah di tempat ini dinamakan Jabal Uhud.
Di sini tempat letaknya tapak peperangan Uhud, perang kedua dalam sejarah Islam untuk melawan orang kafir Quraisy dari Mekah.
Di sini juga terdapat makam sejumlah pejuang Islam yang mati syahid termasuk yang dihormati dan ditakuti, Saidina Hamzah. Saidina Hamzah merupakan bapa saudara Nabi SAW.
Thursday, 21 November 2024
Masjid Ghamama
Salam. Terus memasuki hari ke-8 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Gambar bersama ejen terlibat diambil pada Ahad 27 Oktober 2024 malam Isnin. Berlatarkan Masjid Ghamama. Letaknya tidak jauh dari Masjid Nabawi. Dinamakan semperna Nabi berdoa lalu datanglah awan untuk melindungi orang ramai daripada panas terik matahari.
Tuesday, 19 November 2024
Masjid Nabawi
Bersambung daripada Telaga Rauha...
Seterusnya singgah di Masjid Nabawi, iaitu masjid Nabi Muhammad SAW.
Ia merupakan masjid kedua terbesar di dunia dan menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Ia mempunyai banyak pintu masuk.
Di dalam kubah hijau tempat letaknya makam Nabi Muhammad SAW.
Dari belakang gambar ini adalah mihrab Raudhah yang berusia lebih 1,500 tahun lalu. Ia adalah mihrab semasa zaman Nabi Muhammad SAW hidup.
Gambar ayah saya yang ambil ini adalah mihrab baru. Iaitu mihrab seperti mana yang digunakan sekarang.
Telaga Rauha
Salam. Diteruskan hari ke-7 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Petang Sabtu 26 Oktober 2024. Setelah 6 hari berada di Mekah, singgah di Madinah pula di mana terdapat tempat ini.
Dikenali juga sebagai telaga sifat. Telaga ini pada masa itu digunakan oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya meminum air telaga.
Saturday, 16 November 2024
Jabal An-Nur
Salam. Masih memasuki hari ke-6 perjalanan di Tanah Suci.
Jumaat 25 Oktober 2024 malam Sabtu. Masih lagi berada di Mekah lalu singgah di Jabal An-Nur.
Istimewa di situ terdapat Gua Hira' di mana tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dan berdakwah untuk menyebarkan agama Islam.
Friday, 15 November 2024
Masjid Al-Kou'
Bersambung daripada Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif...
Tidak jauh dari Taif terdapat pula masjid ini.
Namanya Masjid Al-Kou' atau dikenali sebagai 'masjid siku' (Kuk). Masjid ini merupakan tempat Nabi Muhammad SAW hampir dibunuh dengan menggunakan batu besar, namun ditolak tidak jatuh sehingga kini.
Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif
Bersambung daripada Masjid Qarnul Manazil, Al-Sail Al-Kabir...
Dari Al-Sail Al-Kabir singgah ke bandar Taif di mana terdapat masjid ini.
Namanya Masjid Abdullah Bin Abbas. Diberi nama semperna sepupu Nabi Muhammad SAW. Beliau juga merupakan ulama' dalam bidang pemahaman Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Masjid Quba
Bersambung daripada Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini. Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...
-
Salam. Baru ini ayah dan rakan sekerja saya membuat perjalanan umrah ke Tanah Suci. Walaupun gambar ini ayah saya yang ambil, saya tetap men...
-
Bersambung daripada Telaga Rauha ... Seterusnya singgah di Masjid Nabawi, iaitu masjid Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan masjid kedua terbes...
-
Salam Jumaat. Hari penghulu segala hari. Diteruskan lagi hari ke-5 perjalanan umrah di Tanah Suci. Tengah hari Khamis 24 Oktober 2024. Dala...