Bersambung daripada Masjid Al-Hidayah, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa...
Di celah-celah Pengkalan Chepa terlihat juga masjid ini.
Namanya Masjid As-Salam.
Sedikit maklumat. Masjid ini dibina pada akhir tahun 1970an dibina atas usaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Dikenali sebagai Masjid Penjara kerana kedudukannya berhadapan penjara.
Masjid ini dibuka pada tahun 1980 seterusnya dirasmikan oleh Tun Musa Hitam, selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985.
Pada peringkat awal, masjid ini dikendalikan oleh 2 orang ustaz dari pegawai penjara dengan secara kontrak dan melantik mereka sebagai imam. Pada tahun 1983 pihak MAIK telah melantik Tuan Haji Hassan Musa sebagai Imam 1 dan Tuan Haji Said Dato' Haji Mohd Nor sebagai Imam 2 untuk bertugas di masjid ini.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertama masjid ini ialah YB Dato' Haji Hashim Haji Muhammad dan Jawatankuasa Induk Kedua ialah YB Dato' Haji Salleh Mohd Akib.
Masjid dan surau di seluruh dunia termasuk seni bina lama (Mosques and suraus around the world including old architecture). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masjid Mukim Jelawang, Dabong
Salam. Diteruskan hari ke-5 dan terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Petang Khamis 26 Mac 2026. Dari Melaka kami kembali ke Kelant...
-
Bersambung daripada Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota ... Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini. ...
-
Salam. Baru ini saya dan keluarga melakukan perjalanan ke Terengganu. Sekarang baru memulakan perkongsian. Perjalanan dimulakan pagi Jumaat...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan Lembah Klang dan selatan. Petang Rabu 25 Mac 2026. Kembali ke Muar dengan menggunakan laluan Sungai Ba...









No comments:
Post a Comment