Thursday, 21 November 2024

Masjid Ghamama

Salam. Terus memasuki hari ke-8 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 




Gambar bersama ejen terlibat diambil pada Ahad 27 Oktober 2024 malam Isnin. Berlatarkan Masjid Ghamama. Letaknya tidak jauh dari Masjid Nabawi. Dinamakan semperna Nabi berdoa lalu datanglah awan untuk melindungi orang ramai daripada panas terik matahari. 



Tuesday, 19 November 2024

Masjid Nabawi

Bersambung daripada Telaga Rauha...




Seterusnya singgah di Masjid Nabawi, iaitu masjid Nabi Muhammad SAW. 










Ia merupakan masjid kedua terbesar di dunia dan menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Ia mempunyai banyak pintu masuk. 





Di dalam kubah hijau tempat letaknya makam Nabi Muhammad SAW. 



















Dari belakang gambar ini adalah mihrab Raudhah yang berusia lebih 1,500 tahun lalu. Ia adalah mihrab semasa zaman Nabi Muhammad SAW hidup. 














Gambar ayah saya yang ambil ini adalah mihrab baru. Iaitu mihrab seperti mana yang digunakan sekarang. 













Gambar ini diambil pada siang Ahad 27 Oktober 2024 di sebahagian dalam Raudhah. 













Telaga Rauha

Salam. Diteruskan hari ke-7 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 




Petang Sabtu 26 Oktober 2024. Setelah 6 hari berada di Mekah, singgah di Madinah pula di mana terdapat tempat ini. 










Dinamakan sebagai Telaga Rauha. 









Dikenali juga sebagai telaga sifat. Telaga ini pada masa itu digunakan oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya meminum air telaga. 









Rasulullah SAW bertindak meludah air liur mulia di dalam telaga dan menyatakan air itu selamat untuk diminum. Maka air itu bertukar menjadi manis dan mendapat sifat penyembuhan semula jadi daripada segala penyakit. 




Masjid At-Thoyyibah, Seberang Pasir Mas, Salor

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Seberang Pasir Mas, Salor ... Di lokasi sama pula ialah Masjid At-Thoyyibah.  Ia adalah kali per...