Salam semua. Sukacita dimaklumkan saya bersama keluarga pergi ke Bangi semperna Tahun Baru Cina 2019. Perjalanan ini bermula pada pagi Isnin 4 Februari 2019. Hari ini bermulalah saya berkongsi cerita tentang perjalanan tersebut...
Kami melalui jalan Kota Bharu ke Gua Musang berdekatan Paloh lalu diminta singgah di masjid ini.
Namanya Masjid Sultan Ahmad, letaknya di Paloh, Gua Musang.
Atau dikenali sebagai Masjid Keputeraan.
Sedikit maklumat. Nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan semperna nama putera sulung kepada Sultan Muhammad II. Nama sebenarnya ialah Long Ahmad @ Long Sulung bin Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) bin Long Tan (Raja Temenggong Aria Pahlawan).
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1886, maka anakandanya, Long Ahmad telah ditabal menaiki takhta dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda mempunyai 12 orang putera dan 12 orang puteri.
Baginda Sultan Ahmad memerintah negeri ini hanya sekitar empat tahun. Baginda mula gering dan telah mangkat pada tahun 1890. Jenazah baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Walaupun baginda memerintah tidak terlalu lama, baginda telah melaksanakan pemerintahan secara hukum syarak iaitu hukuman hudud di mana pencuri-pencuri didapati bersalah, maka hukumannya adalah potong tangan.
Nama baginda diungkap sebagai simbol pengabdian diri kepada seorang hamba.
Walaupun masjid ini baru dibuka dalam tujuh tahun yang lalu, nama Masjid Sultan Ahmad ini telah diabdikan bagi memberi ingatan dan kenangan kepada seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam amnya. Kedudukan masjid ini amat sesuai kerana berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Ini memudahkan para pengguna jalan raya ini berhenti rehat dan menunaikan solat.
Masjid dan surau di seluruh dunia (Mosques and suraus around the world). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masjid Hidayah Mustaqim, mukim Pak Keral, Pengkalan Kubor
Daripada 2 minggu lalu... Petang Sabtu 17 Ogos 2024 saya ke Pengkalan Kubor lalu singgah di Masjid Hidayah Mustaqim di mukim Pak Keral. Lih...
-
Bersambung daripada Lawatan 2024 di Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli ... Seterusnya singgah di bandar Tanah Merah lalu terlihat di masjid ini...
-
Diteruskan hari ke-3 dan terakhir perjalanan terbaru di Pantai Timur. Sabtu 2 Mac 2024. Kami bermalam di kampung Jengka Batu 13, Chenor. Es...
-
Bersambung daripada Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota ... Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini. ...
No comments:
Post a Comment