Thursday, 27 January 2022

Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu

Bersambung daripada Madrasah Che Embong, Tok Bali...




Seterusnya kami pergi ke bandaraya Kuala Terengganu lalu singgah di masjid baru ini. Letaknya berdekatan jambatan angkat. 






Ia adalah masjid utama di Seberang Takir. 














Ia siap dibina dan dibuka pada tahun 2020. 












Lihat ke dalam...






































Ia juga berada di tepi sungai dan dibina seakan-akan 'masjid terapung'. 














Tepi kawasan masjid ini juga terdapat bot nelayan yang biasanya digunakan untuk penduduk sekitar mencari sara hidup di laut. 





Madrasah Che Embong, Tok Bali

Salam. Memasuki hari ke-2 perjalanan sekitar Pantai Timur baru ini...




Jumaat 21 Januari 2022 malam Sabtu kami bermalam di kampung nenek saudara di Pasir Tumboh. Pagi esoknya Sabtu 22 Januari baru bertolak terus ke Terengganu melalui jalan Tok Bali bersama ibu saudara saya. Kebetulan ibu saudara bersama suaminya mengikuti laluan ini untuk ke Kuala Terengganu sebelum esoknya akan sampai ke Kuantan. Berhampiran sempadan Terengganu kami terus ke sebuah pasaraya kemudian singgah di surau ini. 









Namanya Madrasah Che Embong. 





Lihat ke dalam...





















Monday, 24 January 2022

Masjid 'baru' Kampung Laut, Tumpat

Salam semua. Baru-baru ini saya dan keluarga pergi ke dua negeri di Pantai Timur. Ada beberapa tempat yang saya kongsikan...




Perjalanan secara rasminya bermula pada petang Jumaat 21 Januari 2022 yang mana saya dan keluarga pergi ke sekitar Kota Bharu untuk satu majlis di sana. Seterusnya pergi ke Kampung Laut, Tumpat dan sebelah malam itu juga saya terus singgah di masjid ini. 




Ia adalah masjid utama di Kampung Laut. Ianya menggantikan struktur masjid lama yang berada di Nilam Puri (sekarang ini masih dalam proses pemindahan semula ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Hanya dalam 20 km dari Nilam Puri). 




















Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Masjid ini memang baru tapi usianya telah mencecah dalam 55 tahun yang lalu. Dibandingkan dengan Masjid Kampung Laut yang lama telah mencecah usia ratusan tahun dan merupakan masjid tertua di Malaysia. 










Lihat ke dalam...

































Mimbar ini bukan mimbar masjid asalnya yang berusia ratusan tahun. Cuma mimbarnya berada di masjid lama di Kampung Surau Pasir Pekan. 



Friday, 31 December 2021

Madrasah At-Taqwa, Taman Wan Chik, Baung, Pengkalan Chepa

Salam Jumaat hari terakhir 2021. Satu perkongsian kecil...




Baru-baru ini saya ada satu majlis di Baung, Pengkalan Chepa. Di sebelahnya terdapat surau ini. 










Reka bentuknya amat menarik lalu terasa mahu mengambil gambarnya...































Saturday, 25 December 2021

Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut

Bersambung daripada Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak...




Di pekan Kuala Besut terlihat masjid ini lalu singgah untuk solat maghrib. 




Namanya Masjid Al-Jamhuriah. 




Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak

Salam penghujung tahun 2021. Ini satu perkongsian daripada perjalanan kecil minggu lepas. 



Jumaat 10 Disember 2021 saya membuat perjalanan ke Kuala Besut menggunakan jalan Tok Bali. Berhampiran jalan Pasir Puteh terlihat masjid ini. 




Namanya Masjid As-Syakirin di Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak. 











Lihat ke dalam...






















Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...