Wednesday, 12 February 2020

Surau Al-Islah, Taman Langat Jaya, Bangi

Masih meneruskan lagi hari ke-7 perjalanan pusing-pusing ke sekitar Lembah Klang 18 - 26 Disember. 

Selasa 24 Disember 2019 kami masih menginap di Bangi. Sebelah petang pula saya pergi beriadah di taman permainan di Taman Langat Jaya lalu terlihat surau ini. 



Namanya Surau Al-Islah.




Thursday, 6 February 2020

Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu

Beralih ke negeri Terengganu pula...

Satu lagi artikel terakhir semasa perjalanan ke Terengganu di mana kami berada dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Setiu. 

Singgahlah solat di Masjid Kampung Tok Jembal. 




Lihat ke dalam...











Tuesday, 4 February 2020

Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bangi pada waktu malam

Bersambung daripada Masjid As-Syarif, Meru, Klang...

Sebelah malam pula saya pergi menginap di Taman Langat Jaya, Bangi lalu singgah di surau ini. 

Diceritakan lebih setahun lepas mengenai surau ini. Lihat artikel lama Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi


Ketika itu pintu surau dikunci sebab masa itu waktu pagi. 


Sekarang kita melihat ke dalam pula pada waktu malam. 



Masjid As-Syarif, Meru, Klang

Salam. Kembali kepada hari ke-5 perjalanan pusing sekitar Lembah Klang 18-26 Disember 2019. 

Tengah hari Ahad 22 Disember 2019 kami pergi ke majlis kenduri di Meru, Klang lalu terlihat masjid ini yang berada di hadapan. 

Namanya Masjid As-Syarif. 





Lihat ke dalam...



Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-76 di blogspot ini. 









Saturday, 1 February 2020

Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

Salam. Pergi ke hari ke-2 yang juga terakhir perjalanan pusing Terengganu selama 2 hari. Bersambung daripada Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu...

Ahad 26 Januari 2020. Kami pergi ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu lalu terlihat Masjid Kristal. 

Masjid Kristal antara terkenal di Malaysia khususnya di dunia. Masjid ini sering diwar-warkan sebagai satu simbol kemodenan Islam di Malaysia. 


Nama pun kristal, tetapi sebenarnya ia bukanlah dibuat daripada kristal tetapi kaca seperti kristal dan besi keluli sebagai penyokong. 

Cuma ketika sampai masjid ini sudah ditutup maka tidak dapat melihat ke dalam. 

Rupanya masjid ini sedang dibaik pulih bagi tujuan keselamatan.

Cukuplah hanya melihat gambar-gambar dari luar masjid sahaja.


Wednesday, 29 January 2020

Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu

Bersambung daripada Masjid Abidin, Kuala Terengganu...

Dari bandar Kuala Terengganu kami melalui jalan ke homestay lalu singgah di surau ini. 


Namanya Surau Haji Sabari.


Lihat ke dalam...








Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...