Friday, 18 October 2019

Masjid Al-Hidayah, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa

Salam hari Jumaat 18 Oktober yang mulia. Sedikit perkongsian dari Pengkalan Chepa...

Dua minggu lepas saya pergi ke bekas tempat pengajian di KTD, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa lalu singgah solat Zohor di masjid ini.


Namanya Masjid Al-Hidayah.

Letaknya berdekatan dengan tempat pengajian tersebut pada masa yang sama.



Lihat ke dalam...




Menariknya ialah masjid ini dibina memanjang-manjang.



Sunday, 6 October 2019

Masjid Sultan Ibrahim, Mujor, Jelawat

Bersambung daripada Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh...

Sebelah malam itu juga saya meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke rumah dengan melalui jalan Jelawat. Di sekitar jalan tersebut terdapat juga masjid ini.

Masjid ini masih dalam keadaan hampir siap walaupun ianya masjid baru.




Namanya Masjid Sultan Ibrahim di Mujor, Jelawat.

Lihat ke dalam...






Friday, 4 October 2019

Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh

Bersambung daripada Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central...

Perjalanan diteruskan lagi dari Pasir Puteh untuk menuju ke Bukit Keluang. Sebaik masuk sempadan ke Terengganu saya singgah solat Asar di masjid ini.

Namanya Masjid Ulul Albab.

Atau dikenali sebagai Masjid Kayu Seberang Jerteh.

Reka bentuk masjid ini mengingatkan reka bentuk masjid di Pulau Gajah, Sabak, Kelantan. Lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang yang dibuat 4 bulan yang lepas. 


Tetapi saya melihat lebih dekat di sisi lain...


Lihat ke dalam...







Masjid ini dirasmikan pada 24 Februari 2012. Untuk pengetahuan semua ini adalah artikel yang ke-59 di blogspot ini.

Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central

Bersambung daripada Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh...

Perjalanan diteruskan dengan melalui ke Jerteh dengan melalui jalan Pasir Puteh. Singgah di stesen minyak di Pasir Puteh lalu terlihat masjid ini.

Namanya Masjid Tok Guru.


Ia memiliki senibina moden yang jarang kelihatan dekat Kelantan ini...

Letaknya di Pasir Puteh Central, merupakan sebuah bandar baru yang ada di Pasir Puteh.

Lihat ke dalam...



Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh

Salam semua. Jumaat lepas saya ada satu perjalanan kecil di Bukit Keluang, Terengganu. Ada sedikit perkongsian...

Sebelum perjalanan, saya pergi ke rumah ibu saudara saya di Tembesu, berdekatan Limbat, Pasir Tumboh lalu singgah solat Jumaat di masjid mukim ini.

Tahun ketika itu masjid ini sedang dalam pengubahsuaian.

Tetapi keadaan sekarang sudah siap sepenuhnya.







Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...