Sunday, 6 October 2019

Masjid Sultan Ibrahim, Mujor, Jelawat

Bersambung daripada Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh...

Sebelah malam itu juga saya meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke rumah dengan melalui jalan Jelawat. Di sekitar jalan tersebut terdapat juga masjid ini.

Masjid ini masih dalam keadaan hampir siap walaupun ianya masjid baru.




Namanya Masjid Sultan Ibrahim di Mujor, Jelawat.

Lihat ke dalam...






Friday, 4 October 2019

Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh

Bersambung daripada Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central...

Perjalanan diteruskan lagi dari Pasir Puteh untuk menuju ke Bukit Keluang. Sebaik masuk sempadan ke Terengganu saya singgah solat Asar di masjid ini.

Namanya Masjid Ulul Albab.

Atau dikenali sebagai Masjid Kayu Seberang Jerteh.

Reka bentuk masjid ini mengingatkan reka bentuk masjid di Pulau Gajah, Sabak, Kelantan. Lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang yang dibuat 4 bulan yang lepas. 


Tetapi saya melihat lebih dekat di sisi lain...


Lihat ke dalam...







Masjid ini dirasmikan pada 24 Februari 2012. Untuk pengetahuan semua ini adalah artikel yang ke-59 di blogspot ini.

Masjid Tok Guru, Pasir Puteh Central

Bersambung daripada Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh...

Perjalanan diteruskan dengan melalui ke Jerteh dengan melalui jalan Pasir Puteh. Singgah di stesen minyak di Pasir Puteh lalu terlihat masjid ini.

Namanya Masjid Tok Guru.


Ia memiliki senibina moden yang jarang kelihatan dekat Kelantan ini...

Letaknya di Pasir Puteh Central, merupakan sebuah bandar baru yang ada di Pasir Puteh.

Lihat ke dalam...



Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh

Salam semua. Jumaat lepas saya ada satu perjalanan kecil di Bukit Keluang, Terengganu. Ada sedikit perkongsian...

Sebelum perjalanan, saya pergi ke rumah ibu saudara saya di Tembesu, berdekatan Limbat, Pasir Tumboh lalu singgah solat Jumaat di masjid mukim ini.

Tahun ketika itu masjid ini sedang dalam pengubahsuaian.

Tetapi keadaan sekarang sudah siap sepenuhnya.







Wednesday, 4 September 2019

Surau Taman Kifayah, Jeli

Bersambung daripada Rupa baru Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli...

Sampai di rumah bapa saudara saya di Taman Kifayah, Jeli lalu terlihat surau ini. Saya tidak nampak nama surau ini. Biar diberitahu sebagai Surau Taman Kifayah.

Rupa baru Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli

Bersambung daripada Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang...

Kami singgah solat Asar di Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli. Letaknya tidak jauh dari rumah bapa saudara saya di Taman Kifayah, Jeli. Setahun lepas saya pernah singgah di masjid bersama keluarga pada hari raya itu lalu membuat artikel bertajuk Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli, Kelantan masih dalam proses renovate. Ketika itu sedang dalam pembinaan.

Setelah beberapa tahun masjid ini mengalami perubahan, ini adalah kali pertama saya singgah masjid ini.


Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang

Salam semua. Ada sedikit perkongsian daripada satu perjalanan kecil ke Jeli pada Jumaat lepas.

Dalam perjalanan pergi ke Rantau Panjang lalu kami singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Keputeraan Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Tetapi sesetengah nama dikenali dengan Masjid Beijing.

Ini kerana reka bentuknya berdasarkan contoh bangunan masjid Niujie di Beijing iaitu masjid paling lama di China.


Seterusnya kita lihat ke dalam...

Kita masuk ke dalam seperti berada di negara China.



Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...