Saturday, 30 November 2024

Rupa baru masjid Haji Wan Ismail, Belukar, Panji

Salam. 




Tengah hari Selasa 19 November 2024 saya ke kampung Belukar, Panji lalu singgah di masjid ini. 










Lebih 5 tahun lalu pernah dikongsikan tentang masjid ini dalam artikel Masjid Tuan Guru Haji Wan Ismail, Belukar, Pauh, Panji













Sekarang kelihatan berubah dengan lebih cantik dan baru. 














Wednesday, 27 November 2024

Monday, 25 November 2024

Masjid Al-Areesh

Salam. Setelah 10 hari berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, kini memasuki hari terakhir perjalanan itu. 




Petang Selasa 29 Oktober 2024. Setelah melawat beberapa tempat di tapak peperangan Badar singgah di masjid ini. 










Namanya Masjid Al-Areesh. Nama masjid ini merujuk kepada bayangan pokok kurma. Maka pokok kurma sebagai tempat perlindungan Nabi Muhammad SAW ketika peperangan Badar. 









Tapak asalnya adalah tapak khemah Nabi SAW ketika peperangan pada masa yang lampau itu. 





























Sunday, 24 November 2024

Masjid Quba

Bersambung daripada Masjid di Jabal Uhud...




Seterusnya singgah di masjid ini. 









Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah Islam, pada masa itu Nabi Muhammad SAW sampai ke Madinah dalam peristiwa Hijrah. 









Maka ia diiktiraf sebagai masjid tertua di dunia. 
















Masjid di Jabal Uhud

Bersambung daripada Jabal Uhud...




Di bawah kaki bukit Jabal Uhud terdapat masjid ini. 









Berdasarkan dalam Google Maps mendapat nama masjid ini ialah Masjid Sayyid As-Shuhada. Bersebelahan dengannya terdapat makam yang menempatkan pejuang Islam yang mati syahid dalam peperangan itu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-237 di blogspot ini. 




Jabal Uhud

Memasuki hari ke-9 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 




Pagi Isnin 28 Oktober 2024. Setelah melawat beberapa tempat di sekitar Madinah singgah di tempat ini dinamakan Jabal Uhud. 





Di sini tempat letaknya tapak peperangan Uhud, perang kedua dalam sejarah Islam untuk melawan orang kafir Quraisy dari Mekah. 










Di sini juga terdapat makam sejumlah pejuang Islam yang mati syahid termasuk yang dihormati dan ditakuti, Saidina Hamzah. Saidina Hamzah merupakan bapa saudara Nabi SAW. 












Thursday, 21 November 2024

Masjid Ghamama

Salam. Terus memasuki hari ke-8 perjalanan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. 




Gambar bersama ejen terlibat diambil pada Ahad 27 Oktober 2024 malam Isnin. Berlatarkan Masjid Ghamama. Letaknya tidak jauh dari Masjid Nabawi. Dinamakan semperna Nabi berdoa lalu datanglah awan untuk melindungi orang ramai daripada panas terik matahari. 



Tuesday, 19 November 2024

Masjid Nabawi

Bersambung daripada Telaga Rauha...




Seterusnya singgah di Masjid Nabawi, iaitu masjid Nabi Muhammad SAW. 










Ia merupakan masjid kedua terbesar di dunia dan menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Ia mempunyai banyak pintu masuk. 





Di dalam kubah hijau tempat letaknya makam Nabi Muhammad SAW. 



















Dari belakang gambar ini adalah mihrab Raudhah yang berusia lebih 1,500 tahun lalu. Ia adalah mihrab semasa zaman Nabi Muhammad SAW hidup. 














Gambar ayah saya yang ambil ini adalah mihrab baru. Iaitu mihrab seperti mana yang digunakan sekarang. 













Gambar ini diambil pada siang Ahad 27 Oktober 2024 di sebahagian dalam Raudhah. 













Masjid Taman Mesra, Pengkalan Chepa

Salam. Sedikit daripada minggu lalu.  Selasa 4 Mac 2025. Saya ke Taman Mesra, mukim Pengkalan Chepa lalu singgah di masjid ini.