Friday, 21 February 2020

Masjid Iktikaf Al-Muttaqin, Taman Kifayah, Jeli


Berhadapan dengan rumah bapa saudara saya di Taman Kifayah, Jeli ada sebuah surau ini. 

Ditunjukkan nama sebagai masjid iktikaf Al-Muttaqin...



Lihat ke dalam...







Lawatan baru ke Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli

Salam. Ada sedikit perkongsian daripada perjalanan saya ke Jeli pada 2 minggu lepas...

Di bandar Jeli ada sebuah masjid utama ini. 



Saya baru beberapa kali sudah singgah di masjid ini. 

Lebih 4 bulan lepas saya ditunjukkan gambar masjid ini siap sepenuhnya renovate. Lihat artikel lama Rupa baru Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli


Lihat ke dalam...



Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-82 di blogspot ini.









Tuesday, 18 February 2020

Masjid Ayesha, Kok Lanas


Dari Gua Musang kami terus menghala ke Kota Bharu lalu singgah di Kok Lanas di mana terdapat masjid ini. 

Reka bentuknya kelihatan seperti taman tema. 

Terfikir seperti masjid, namanya Masjid Ayesha. 

Terlihat seperti istana di negara Inggeris...


Lihat ke dalam...


Singgah untuk menunaikan solat Maghrib...





Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap

Salam semua. Meneruskan lagi hari ke-9 yang juga terakhir perjalanan 18 - 26 Disember. 

Pagi Khamis 26 Disember 2019 kami bertolak pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sampai di bandar lama Gua Musang lalu singgah di masjid ini. 

Namanya Masjid Razaleigh. Merupakan masjid terbaharu yang mirip seperti Masjidil Haram di Mekkah. 

Masjid ini dibina tertumpu kepada reka bentuk 9 menara, kubah, bahagian luaran dan dalaman yang mirip seperti 'Masjidil Haram'.



Seterusnya kita terus melihat lebih dekat...



Inilah reka bentuk Masjid Razaleigh yang akan siap kemungkinan tahun ini. Tetapi ketika itu kami sampai ia hampir siap dan belum digunakan.

Selepas itu saya terus melihat bahagian luar. Kemungkinan replika Kaabah juga dibina di bahagian luar kawasan ini.



Katanya kos pembinaan masjid ini bernilai RM23 juta.



Ia dibina oleh Tengku Razaleigh Hamzah, merupakan Ahli Parlimen Gua Musang menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Ia mengingatkan salah satu pada masjid baru di Pulau Gajah, Sabak yang turut menggunakan wang persendirian. Lihat Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah.

Reka bentuk dalamannya juga turut dihiaskan seperti berada di Masjidil Haram.


Baru saya perasan arah kiblatnya menghadap bandar lama Gua Musang, bukannya bahagian sisi kanan.

Saya menyangkakan arah kiblatnya menghadap sisi kanan, rupanya kiblatnya menghadap bandar lama Gua Musang.


Wednesday, 12 February 2020

Surau Al-Islah, Taman Langat Jaya, Bangi

Masih meneruskan lagi hari ke-7 perjalanan pusing-pusing ke sekitar Lembah Klang 18 - 26 Disember. 

Selasa 24 Disember 2019 kami masih menginap di Bangi. Sebelah petang pula saya pergi beriadah di taman permainan di Taman Langat Jaya lalu terlihat surau ini. 



Namanya Surau Al-Islah.




Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...