Tuesday, 18 February 2020

Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap

Salam semua. Meneruskan lagi hari ke-9 yang juga terakhir perjalanan 18 - 26 Disember. 

Pagi Khamis 26 Disember 2019 kami bertolak pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sampai di bandar lama Gua Musang lalu singgah di masjid ini. 

Namanya Masjid Razaleigh. Merupakan masjid terbaharu yang mirip seperti Masjidil Haram di Mekkah. 

Masjid ini dibina tertumpu kepada reka bentuk 9 menara, kubah, bahagian luaran dan dalaman yang mirip seperti 'Masjidil Haram'.



Seterusnya kita terus melihat lebih dekat...



Inilah reka bentuk Masjid Razaleigh yang akan siap kemungkinan tahun ini. Tetapi ketika itu kami sampai ia hampir siap dan belum digunakan.

Selepas itu saya terus melihat bahagian luar. Kemungkinan replika Kaabah juga dibina di bahagian luar kawasan ini.



Katanya kos pembinaan masjid ini bernilai RM23 juta.



Ia dibina oleh Tengku Razaleigh Hamzah, merupakan Ahli Parlimen Gua Musang menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Ia mengingatkan salah satu pada masjid baru di Pulau Gajah, Sabak yang turut menggunakan wang persendirian. Lihat Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah.

Reka bentuk dalamannya juga turut dihiaskan seperti berada di Masjidil Haram.


Baru saya perasan arah kiblatnya menghadap bandar lama Gua Musang, bukannya bahagian sisi kanan.

Saya menyangkakan arah kiblatnya menghadap sisi kanan, rupanya kiblatnya menghadap bandar lama Gua Musang.


No comments:

Post a Comment