Tuesday, 17 December 2019

Masjid tepi pantai Sabak, Pengkalan Chepa

Bersambung daripada Masjid Al-Aziz, Pauh, Panji...

Seterusnya saya terus pergi ke Pantai Sabak, Pengkalan Chepa lalu singgah di masjid ini.

Saya tidak menemui nama masjid ini. Biar diberitahu masjid ini berada betul-betul di tepi pantai tersebut...





Yang begitu kekok apabila ada kesan dinding masjid ini hampir merekah akibat dipukul ombak besar dalam beberapa tahun yang lalu.

Lihat ke dalam...





Masjid Al-Aziz, Pauh, Panji

Jumaat lepas saya pergi ke rumah saudara saya di Pauh, Panji lalu singgah di masjid ini.


Namanya Masjid Al-Aziz, letaknya di belakang JPJ Panji...


Lihat ke dalam...



Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-67 di dalam blogspot ini. 



Baru perasan ada satu lagi bahagian bawah kubah berada di tingkat atas, tetapi hanya sekadar melihat dari atas mimbar sahaja.


Saturday, 14 December 2019

Masjid Tok Guru, Pulau Melaka


Dari Ketereh kami bergerak ke Bachok dengan melalui jalan Kubang Kerian lalu singgah di masjid ini.



Namanya Masjid Tok Guru.

Disinilah seorang ahli ulamak yang teragung di Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dan kediamannya berada di belakang. Beliau juga merangkap sebagai Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.


Di antara tenaga pengajar yang memberi kuliah di masjid ini termasuk tiga orang anak kepada Tok Guru.

Difahamkan beliau selalu mengajar dan memberi ceramah di masjid ini ketika itu. Oleh kerana Tok Gurulah paling disanjung oleh ramai orang.



Selain mengimamkan solat, di sinilah penceramah termasuk juga Tok Guru Nik Aziz mengajar di hadapan tidak kira masa pagi atau malam.


Masjid Maahad Tahfiz Daril Naim, Padang Kala, Melor

Salam. Ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu lepas...

Sabtu 7 Disember 2019. Saya dan keluarga bersama saudara mara saya pergi ke Ketereh lalu singgah di Maahad Tahfiz Daril Naim, Padang Kala, Melor di mana terdapat masjid ini.

Maahad Tahfiz Daril Naim terletak terpencil di kawasan kampung merupakan salah satu sekolah agama di dalam kawasan Ketereh dan Melor  khususnya. Masjid ini menggambarkan komitmen sekolah mahu menghidupkan syiar agama Islam terutamanya di negeri kita, Kelantan sebagai negeri Serambi Mekah yang ramai berilmu tinggi.


Di sinilah tempat sepupu saya yang berada di Bangi belajar pada tahun 2007 tak silap saya. Masa itulah tempat menghantar pulang dan mengambil balik ke rumah saya.


Dari segi perubahan masa itu masih lagi yang sama, tetapi dari segi warnanya berubah.





Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...