Tuesday, 8 August 2023

Masjid Mahmudi, Bachok


Pagi Khamis baru ini saya ke Pantai Irama, Bachok lalu singgah di masjid bandar utamanya atau dinamakan Masjid Mahmudi. 












Lihat ke dalam...








Dahulu masjid ini pernah terbakar pada Jun tahun lalu yang hanya melibatkan bilik imam. 














Untuk makluman ini adalah artikel ke-167 di blogspot ini. 








Saturday, 29 July 2023

Masjid Sri Sendayan

Salam. Diselang-selikan lagi dari perjalanan di Lembah Klang 2 minggu lalu. 




Perjalanan sekali lagi bermula Ahad 16 Julai 2023. Isnin 17 Julai malam Selasa saya pun singgah di beberapa tempat di bandaraya Seremban dan bandar Sri Sendayan di mana terdapat masjid baru cantik ini. 








Dibuka pada pertengahan 2019 menjadi tarikan pengunjung apabila masjid ini kelihatan cantik dan indah demi menambah keserian. 










Ia dibina oleh pengurus besar RHB Tan Sri Rashid Hussain dengan anggaran kos RM250 juta. 









Ia mengingatkan beberapa lagi masjid yang dibina menggunakan wang persendirian. Lihat : 


























Dewan solat utamanya mengingatkan masjid yang berada di Timur Tengah. 



























Monday, 24 July 2023

Masjid Al-Qasimi, Parit Lama waktu siang

Bersambung daripada Masjid Nur Zakirin, Kerasak, Mentuan, Kelantan...




Petang itu pula singgah di masjid ini.















Lebih 3 tahun lalu pernah ditunjukkannya pada waktu malam. Lihat Masjid Al-Qasimi, Parit Lama, Pasir Tumboh










Walaupun beberapa kali singgah, kali ini baru melihatnya pada waktu siang. 
































Masjid Nur Zakirin, Kerasak, Mentuan, Kelantan

Salam 6 Muharam 1445H. Sedikit perkongsian...




Petang Sabtu 1 Julai 2023 saya ke Kampung Kerasak, Mentuan ada satu majlis lalu singgah di masjid kecil ini. 









Namanya Masjid Nur Zakirin...










Lihat ke dalam...











Monday, 26 June 2023

Masjid KLIA

Salam. Sedikit perkongsian dari 4 minggu lalu...





Pagi Sabtu 3 Jun 2023 saya ke KLIA, Sepang lalu singgah di masjid ini. 





Dikenali sebagai Masjid KLIA atau nama rasminya Masjid Sultan Abdul Samad. Letaknya kira-kira 5 km ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 










Masjid ini dirasmikan pada tahun 2000. 











Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...