Bersambung daripada Masjid lama Pulau Gajah...
Ini pula adalah masjid baru di Pulau Gajah...
Singgah di Masjid Ar-Rahman pada senja itu juga.
Di bawah menara ada tempat wuduk yang berlainan kepala paipnya.
Biasanya tidak dijumpai di Malaysia ada paip wuduk yang menyerupai celak mekah. Tetapi kebiasaannya hanya berada di Turki sahaja yang mempunyai paip seperti ini.
Difahamkan masjid ini baru dibuka 5 bulan lalu. Nampaknya ia menggantikan masjid lama (rujuk artikel Masjid lama Pulau Gajah di blogspot Jom ke Masjid) yang terletak berhadapan dengan masjid baru ini.
Ini kerana reka bentuknya dibuat berdasarkan reka bentuk masjid Nusantara yang lain.
Selepas itu kita lihat ke dalam...
Keseluruhan binaan diperbuat daripada kayu.
Katanya ia dibina oleh Dato Wan Mohamad Arif, merupakan seorang jutawan Melayu menggunakan duit sendiri untuk sumbangan kepada masyarakat ini.
Kos keseluruhannya tak silap saya dalam RM 4 juta.
Di halaman masjid ini ada batu besar yang berukir ayat al-Quran. Saya tertarik juga tetapi kelihatan seperti 'batu bersurat'.
Masjid dan surau di seluruh dunia termasuk seni bina lama (Mosques and suraus around the world including old architecture). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Taman Kota Warisan, Berangan
Salam. Sabtu 17 Januari 2026 malam dalam perjalanan dari Tumpat singgah di masjid ini. Namanya Masjid Al-Aziz Al-Hadi. Letaknya di Taman Ko...
-
Bersambung daripada Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota ... Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini. ...
-
Salam. Baru ini saya dan keluarga melakukan perjalanan ke Terengganu. Sekarang baru memulakan perkongsian. Perjalanan dimulakan pagi Jumaat...
-
Bersambung daripada Madrasah An-Nur, Kor Hilir ... Petang Khamis 3 April 2025. Singgah di mukim Sering, pekan Kedai Lalat di mana terdapat ...

















No comments:
Post a Comment