Wednesday, 30 October 2024

Lawatan terbaru masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang

Salam. Sedikit perkongsian dari jauh. 




Petang Isnin 21 Oktober 2024. Singgah di hentian Gua Musang di mana terdapat masjid ini. 





Lebih kurang 7 bulan lalu saya pernah singgah sekali dalam artikel Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang. Nama masjid ini diberi semperna nama pemilik bas Mutiara, Pok Nik Loh. 









Menurut cerita, masjid ini dibina oleh pemilik bas itu menggunakan duit sendiri sebagai sumbangan kepada masyarakat. 










Dengan ada kemudahan masjid ini memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat tanpa perlu bersesak ke surau hentian tersebut terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah. Selain itu, diberi kemudahan pula untuk penduduk sekitar termasuk pelajar asrama Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GuaMSS) yang letaknya tidak jauh dari hentian ini ketika diadakan solat Jumaat. 










Sama seperti masjid baru yang menyerupai 'Masjidil Haram' di Gua Musang, ia turut dibina menggunakan wang persendirian. Lihat Masjid Razaleigh, Gua Musang hampir siap. Untuk makluman, ini adalah artikel ke-222 di blogspot ini. 




Monday, 28 October 2024

Lawatan terbaru masjid mukim Tembesu, Limbat

Satu perkongsian kecil dari 2 minggu lepas...




Petang Rabu 16 Oktober 2024. Saya dan ibu sendiri ke Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh lalu singgah di masjid ini. 





Lebih 5 tahun lalu pernah dikongsikan artikel Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh. Masjid ini banyak kali sudah saya singgah setiap kali ke rumah kampung ibu saya. Sekarang bahagian asal di belakangnya sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru. 









Lihat dulu ke masjid lama...













Perhatikan di luar belakangnya sedang didirikan masjid baru. 









Dan inilah rupa baru yang dijangka siap sepenuhnya nanti. Besar kemungkinan masjid lama sekarang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid seterusnya. Seperti hampir kebanyakan masjid di negeri ini, ia dibina dengan hasil sumbangan daripada orang ramai. 



Thursday, 24 October 2024

Masjid Ismaili, Kampung Kota, Jalan Salor


Petang Ahad 6 oktober 2024. Ketika hujan lebat melepasi Jalan Salor singgah di masjid ini. 






Namanya Masjid Ismaili di Kampung Kota. 




















Wednesday, 23 October 2024

Madrasah Kedai Pasir Tumboh


Sabtu 5 Oktober 2024. Saya singgah di pekan Pasir Tumboh di mana terdapat madrasah ini. 













Lihat ke dalam...














Namanya Madrasah Kedai Pasir Tumboh. 




Sunday, 13 October 2024

Lawatan terbaru masjid Sultan Ismail Petra, mukim Banggol


Ahad 29 September 2024 malam Isnin. Setelah singgah di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sebelum memasuki bandaraya Kota Bharu singgah di masjid ini. 










Kali ke-3 saya pernah singgah di masjid ini hampir 2 tahun lalu. Lihat Rupa baru Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol










Sekarang ia berkubah. 













Lihat ke dalam...





























Agak tertarik dengan reka bentuk mihrabnya kerana berkonsepkan rumah melayu tradisional. 







Tuesday, 8 October 2024

Masjid Muhammadiah, mukim Pantai Damat

Bersambung daripada Masjid Mukim Perupok...





Sebelum ke pantai Irama, Bachok singgah pula di masjid ini. 





Namanya Masjid Muhammadiah di mukim Pantai Damat. 



















Lihat ke dalam...