Monday, 29 May 2023

Galeri masjid lama Kampung Laut

Bersambung daripada Masjid lama Kampung Laut berpindah di kampung asal...




Di bahagian pintu masuk masjid lama pula terdapat galeri ini. 





Menurut sejarah, masjid ini dibina oleh sekumpulan pelayar pendakwah Islam yang belayar di perairan kuala Kelantan (kini sungai) sekitar tahun 1760-an. Pada mulanya binaan menyerupai pondok wakaf. Seterusnya pada tahun berikutnya banyak berlaku perubahan dialami oleh masjid ini sebelum berlakunya banjir besar pada tahun 1966-1967. 















Setelah setahun terbiar akibat beberapa kerosakan dialami semasa banjir besar, ia berpindah ke Nilam Puri pada tahun 1968. Jaraknya 12 km dari tapak asalnya. 










Kini setelah 53 tahun berada di Nilam Puri, akhirnya telah dipindahkan semula pada tahun 2020. 










Antara komponen asal yang berpindah ke tempat lain sebelum proses pemindahan semula ialah beduk, mimbar, kolah dan kubah tengah. 








No comments:

Post a Comment