Baik. Artikel sebelum ini melihat pada perubahan terkini pada Madrasah Haji Idris, Kampung Kota, Wakaf Che Yeh selepas 'bangkit' dari kebakaran surau papan pada 4 tahun lepas, antaranya :
Maka kita terus imbas kenangan mengenai tapak kebakaran lama diimbau pada 4 tahun lalu.
Tarikh pada gambar ini ialah 22 Julai 2017 masa itu saya masih di tingkatan lima belajar di SMK Kota. Saya pun harus mencari dalam pendrive lama untuk melihat keadaan selepas kebakaran surau ini.
Untuk pengetahuan, surau ini telah dibakar oleh orang kurang siuman pada hari sebelum raya pada tahun tersebut. Dinding surau sebelum itu berwarna hijau.
Masa itu, pekerja sedang mengalihkan serpihan kayu dan banyak lagi serpihan yang terbakar.
Menara azan. Sehingga kini dengan adanya perubahan pada 2018, menara azan masih dikekalkan.
No comments:
Post a Comment