Wednesday 16 September 2020

Masjid Kampung Hulu, Melaka

Merujuk pada artikel Masjid Baru Benta, Kuala Lipis yang dipersembahkan pada Jumaat lepas. Seterusnya kita diteruskan lagi perjalanan ke Melaka. 
Sabtu 29 Ogos 2020 malam Ahad kami berjalan-jalan di Bandar Hilir Melaka lalu terlihat masjid ini. 

Selain daripada Masjid Kampung Laut di Kelantan, masjid ini dikatakan bersejarah dan tertua di Malaysia...

Namanya Masjid Kampung Hulu. 

Ianya dibina pada tahun 1720 semasa zaman pemerintahan Belanda kemudian diperbaharui pada tahun 1892. 

Di belakang masjid ini terdapat makam Wazir Sheikh Omar bin Hussein Al-Attas iaitu berketurunan Arab. 

Reka bentuk dikatakan mirip seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan. 

No comments:

Post a Comment