Friday, 25 September 2020

Masjid Cina Negeri Melaka

Bersambung daripada Masjid Kampung Hulu, Melaka...

Isnin 31 Ogos 2020 kami terus meninggalkan Melaka lalu singgah di Krubong di mana terdapat masjid unik ini. 

Katanya dibina mengikut reka bentuk senibina Cina yang mengingatkan masjid ini yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Lihat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang yang dibuat setahun lepas. 





Di mana terdapat menara yang dibina menyerupai pagoda. 





Dikenali Masjid Cina Negeri Melaka...

Wednesday, 16 September 2020

Masjid Kampung Hulu, Melaka

Merujuk pada artikel Masjid Baru Benta, Kuala Lipis yang dipersembahkan pada Jumaat lepas. Seterusnya kita diteruskan lagi perjalanan ke Melaka. 
Sabtu 29 Ogos 2020 malam Ahad kami berjalan-jalan di Bandar Hilir Melaka lalu terlihat masjid ini. 

Selain daripada Masjid Kampung Laut di Kelantan, masjid ini dikatakan bersejarah dan tertua di Malaysia...

Namanya Masjid Kampung Hulu. 

Ianya dibina pada tahun 1720 semasa zaman pemerintahan Belanda kemudian diperbaharui pada tahun 1892. 

Di belakang masjid ini terdapat makam Wazir Sheikh Omar bin Hussein Al-Attas iaitu berketurunan Arab. 

Reka bentuk dikatakan mirip seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan. 

Friday, 11 September 2020

Masjid Baru Benta, Kuala Lipis

Salam semua. Pejam celik sudah hampir 6 bulan tidak mengemaskinikan blogspot ini. Sekarang barulah saya akan kongsikan sesuatu...

Pagi Jumaat 28 Ogos 2020 saya dan keluarga bertolak ke Melaka dengan menggunakan laluan dari Kota Bharu untuk menuju ke Kuala Lipis. Sampai di Benta terlihat masjid baru ini. 

Untuk makluman masjid baru ini mula dibuka semenjak kami sampai iaitu 28 Ogos 2020. 

Ketika itu ada majlis perasmian dengan orang-orang besar...



Lihat ke dalam...