Saturday, 14 December 2019

Masjid Tok Guru, Pulau Melaka


Dari Ketereh kami bergerak ke Bachok dengan melalui jalan Kubang Kerian lalu singgah di masjid ini.



Namanya Masjid Tok Guru.

Disinilah seorang ahli ulamak yang teragung di Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dan kediamannya berada di belakang. Beliau juga merangkap sebagai Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.


Di antara tenaga pengajar yang memberi kuliah di masjid ini termasuk tiga orang anak kepada Tok Guru.

Difahamkan beliau selalu mengajar dan memberi ceramah di masjid ini ketika itu. Oleh kerana Tok Gurulah paling disanjung oleh ramai orang.



Selain mengimamkan solat, di sinilah penceramah termasuk juga Tok Guru Nik Aziz mengajar di hadapan tidak kira masa pagi atau malam.


No comments:

Post a Comment

Surau Al-Falah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Salam. Daripada dua minggu lalu... Sabtu 10 Mei 2025. Saya berada di Bandar Baru Bangi lalu terlihat surau ini.  Namanya Surau Al-Falah di S...