Tuesday, 19 March 2019

Masjid Tuan Guru Haji Wan Ismail, Belukar, Pauh, Panji

Bersambung daripada Masjid Al-Ahmadi, Cherang, Panji...

Sebaik pulang dari tempat kerja itu saya pergi kenduri di Kampung Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh lalu singgah di masjid ini.







Namanya Masjid Tuan Guru Haji Wan Ismail.




Letaknya di Kampung Belukar, Pauh, Panji, Kota Bharu.











Masjid Al-Ahmadi, Cherang, Panji

Salam semua. Sedikit perkongsian untuk memecah kesunyian...

Jumaat lepas saya ada sehari di tempat kerja ayah saya di Cherang, berdekatan Panji, Kota Bharu lalu singgah di masjid ini untuk solat Jumaat.


Namanya Masjid Al-Ahmadi.









Lihat ke dalam...









Masuk melalui sisi belakang...













Sunday, 17 March 2019

Tempat-tempat dilawati semasa perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 4 - 9 Februari

Salam semua. Dari 17 Februari hingga 15 Mac lalu saya telah berkongsi semua tempat-tempat seperti masjid dan surau yang kami sekeluarga singgahi semasa perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina ke Bangi 4 hingga 9 Februari. Gambar di atas merujuk kepada Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra yang terletak di tengah bandar Gua Musang telah dirakam pada Sabtu 9 Februari di mana hari terakhir perjalanan kami sekeluarga. Kini saya telah mengumpulkan semua pautan di dalam blogspot ini sebagai rujukan...

Masjid

1. Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang





Surau





Friday, 15 March 2019

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

Salam Jumaat. Meneruskan lagi
hari terakhir berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4-9 Februari.

Pagi Sabtu 9 Februari 2019 barulah kami pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sampai di Gua Musang lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

Binaan masjid ini kelihatan menarik.


Lihat ke dalam...



Maklumat mengenai masjid ini. Ia dibina pada 19 Oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991.

Difahamkan masjid ini merupakan masjid utama daerah bagi Gua Musang. 

Setelah 4 tahun masjid ini siap dibina, ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada 15 Februari 1995.

Nama Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra telah diambil semperna dengan nama Tengku Bendahara Kelantan pada ketika itu (kini dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada tahun 2010 hingga kini).

Kedudukan masjid ini berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur memudahkan para pengguna jalan tersebut berhenti rehat dan menunaikan solat.

Pada masa yang sama kedudukan masjid ini juga berada di kawasan tanah tinggi. Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-41 di dalam blogspot ini.

Saturday, 9 March 2019

Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi

Salam. Masuklah juga hari ke-4 berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 di Bangi 4 - 9 Februari.

Pagi Khamis 7 Februari 2019 saya beriadah di taman riadah  berhampiran dengan rumah saudara mara saya di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi. Ketika meronda-ronda sekitar taman perumahan dengan memandu kereta lalu terlihat surau ini.

Namanya Surau Al-Ikhwan.

Letaknya di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi.












Friday, 1 March 2019

Masjid Ar-Rahman, Repek, Melawi, Bachok

Salam Jumaat. Keluar sebentar pula daripada cerita mengenai perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 4 - 9 Februari 2019.

Jumaat minggu lepas saya baru pulang dari Tok Bali lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Ar-Rahman di Repek berdekatan Melawi.


Lihat ke dalam...