Saturday, 29 January 2022

Masjid Kampung Paya Rawa, Besut

Salam semua. Sambungan artikel terakhir perjalanan dua negeri Pantai Timur. Bersambung daripada Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu...





Sabtu 22 Januari 2022 malam Ahad kami melalui jalan Kuala Besut untuk ke Tok Bali. Singgah di Kampung Paya Rawa, Besut di mana terdapat masjid ini. 




















Lihat ke dalam...






















Thursday, 27 January 2022

Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu

Bersambung daripada Madrasah Che Embong, Tok Bali...




Seterusnya kami pergi ke bandaraya Kuala Terengganu lalu singgah di masjid baru ini. Letaknya berdekatan jambatan angkat. 






Ia adalah masjid utama di Seberang Takir. 














Ia siap dibina dan dibuka pada tahun 2020. 












Lihat ke dalam...






































Ia juga berada di tepi sungai dan dibina seakan-akan 'masjid terapung'. 














Tepi kawasan masjid ini juga terdapat bot nelayan yang biasanya digunakan untuk penduduk sekitar mencari sara hidup di laut. 





Madrasah Che Embong, Tok Bali

Salam. Memasuki hari ke-2 perjalanan sekitar Pantai Timur baru ini...




Jumaat 21 Januari 2022 malam Sabtu kami bermalam di kampung nenek saudara di Pasir Tumboh. Pagi esoknya Sabtu 22 Januari baru bertolak terus ke Terengganu melalui jalan Tok Bali bersama ibu saudara saya. Kebetulan ibu saudara bersama suaminya mengikuti laluan ini untuk ke Kuala Terengganu sebelum esoknya akan sampai ke Kuantan. Berhampiran sempadan Terengganu kami terus ke sebuah pasaraya kemudian singgah di surau ini. 









Namanya Madrasah Che Embong. 





Lihat ke dalam...





















Monday, 24 January 2022

Masjid 'baru' Kampung Laut, Tumpat

Salam semua. Baru-baru ini saya dan keluarga pergi ke dua negeri di Pantai Timur. Ada beberapa tempat yang saya kongsikan...




Perjalanan secara rasminya bermula pada petang Jumaat 21 Januari 2022 yang mana saya dan keluarga pergi ke sekitar Kota Bharu untuk satu majlis di sana. Seterusnya pergi ke Kampung Laut, Tumpat dan sebelah malam itu juga saya terus singgah di masjid ini. 




Ia adalah masjid utama di Kampung Laut. Ianya menggantikan struktur masjid lama yang berada di Nilam Puri (sekarang ini masih dalam proses pemindahan semula ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Hanya dalam 20 km dari Nilam Puri). 




















Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Masjid ini memang baru tapi usianya telah mencecah dalam 55 tahun yang lalu. Dibandingkan dengan Masjid Kampung Laut yang lama telah mencecah usia ratusan tahun dan merupakan masjid tertua di Malaysia. 










Lihat ke dalam...

































Mimbar ini bukan mimbar masjid asalnya yang berusia ratusan tahun. Cuma mimbarnya berada di masjid lama di Kampung Surau Pasir Pekan. 



Masjid Quba

Bersambung daripada  Masjid di Jabal Uhud ... Seterusnya singgah di masjid ini.  Masjid Quba adalah masjid pertama didirikan dalam sejarah I...