Friday, 15 March 2019

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

Salam Jumaat. Meneruskan lagi
hari terakhir berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 4-9 Februari.

Pagi Sabtu 9 Februari 2019 barulah kami pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sampai di Gua Musang lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

Binaan masjid ini kelihatan menarik.


Lihat ke dalam...



Maklumat mengenai masjid ini. Ia dibina pada 19 Oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991.

Difahamkan masjid ini merupakan masjid utama daerah bagi Gua Musang. 

Setelah 4 tahun masjid ini siap dibina, ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada 15 Februari 1995.

Nama Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra telah diambil semperna dengan nama Tengku Bendahara Kelantan pada ketika itu (kini dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada tahun 2010 hingga kini).

Kedudukan masjid ini berada di tepi jalan utama Kota Bharu ke Kuala Lumpur memudahkan para pengguna jalan tersebut berhenti rehat dan menunaikan solat.

Pada masa yang sama kedudukan masjid ini juga berada di kawasan tanah tinggi. Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-41 di dalam blogspot ini.

Saturday, 9 March 2019

Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi

Salam. Masuklah juga hari ke-4 berada dalam perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 di Bangi 4 - 9 Februari.

Pagi Khamis 7 Februari 2019 saya beriadah di taman riadah  berhampiran dengan rumah saudara mara saya di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi. Ketika meronda-ronda sekitar taman perumahan dengan memandu kereta lalu terlihat surau ini.

Namanya Surau Al-Ikhwan.

Letaknya di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi.












Friday, 1 March 2019

Masjid Ar-Rahman, Repek, Melawi, Bachok

Salam Jumaat. Keluar sebentar pula daripada cerita mengenai perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 4 - 9 Februari 2019.

Jumaat minggu lepas saya baru pulang dari Tok Bali lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Ar-Rahman di Repek berdekatan Melawi.


Lihat ke dalam...








Wednesday, 27 February 2019

Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi

Salam. Kembali kepada hari ke-2 perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019.

Selasa 5 Februari 2019 (hari pertama Tahun Baru Cina) malam Rabu saya pergi ke majlis hari lahir di rumah kenalan bapa saudara saya di Bandar Baru Bangi lalu terlihat surau ini.

Namanya Surau At-Taqwa.


Lihat ke dalam...





Saturday, 23 February 2019

Masjid Darul Ulum, Pintu Geng

Bersambung daripada Masjid Mukim Taman Guru, Pintu Geng...

Dari Taman Guru saya berpusing lagi ke Pintu Geng untuk melalui melalui balik ke SMK Kota lalu singgah di masjid ini.

Namanya Masjid Darul Ulum.

Ketika itu ada orang sedang menyampaikan kuliah.

Saya pun singgah sekejap.



Masjid Mukim Taman Guru, Pintu Geng

Keluar sebentar daripada cerita tentang perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina hari itu.

Dua hari lepas saya ada acara merentas desa di SMK Kota, Kota Bharu. Lalul di Taman Guru berdekatan Pintu Geng singgah di masjid ini.



Ia adalah masjid mukim untuk taman perumahan ini.

Ia telah dibina pada 30 Oktober 1980.





Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...