Sunday, 4 January 2026

Bangunan baru Masjid As-Solihin, Paya Rambai

Ini daripada minggu lalu...




Petang Isnin 29 Disember 2025 menghadiri solat jenazah di Masjid As-Solihin, Paya Rambai, Jalan Bayam. 










Yang ini adalah bangunan baru...















Manakala masjid lamanya masih digunakan sehingga sekarang. 





Lihat artikel lama Masjid Paya Rambai waktu siang yang dibuat hampir 3 tahun lalu. 



Wednesday, 31 December 2025

Masjid Baitul Rahmah, Paloh Hilir, Tanah Merah

Sedikit dikongsikan sebelum hanya beberapa jam lagi untuk melabuhkan tirai bagi tahun 2025. 




Petang Ahad 28 Disember 2025 singgah di masjid ini. 










Namanya Masjid Baitul Rahmah. 





Letaknya di Paloh Hilir, Tanah Merah. 






Lihat ke dalam...























Friday, 19 December 2025

Istana Jahar

Bersambung daripada Istana Balai Besar...




Berdekatan dengan Istana Balai Besar, satu lagi bangunan yang menarik iaitu Istana Jahar. 





Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II bertujuan untuk dikurniakan kepada Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara untuk menjadikan istananya pada asalnya. 











Ia dinamakan bersemperna dengan nama pokok Jahar yang ditanam di hadapan istana. 















Sekarang istana lama ini dijadikan muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan kemudian dibuka kepada orang awam pada tahun 1992. 





































Istana Balai Besar

Bersambung daripada Bank Pitis...





Bersebelahan dengan Bank Pitis, terdapat sebuah lagi bangunan menarik yang dinamakan Istana Balai Besar. 





Dahulu tempat ini pernah dijadikan istana negeri di mana tempat bersemayam Sultan Kelantan suatu masa dahulu, sebelum terbinanya sekarang yang terletak di Kubang Kerian. 










Cuma sayangnya hanya gambar ini sahaja yang saya tunjukkan di hadapan pintu masuk kawasan ini. Pengunjung dilarang masuk dan mengambil gambar. 










Walau begitu, saya boleh memberitahu tempat ini menyimpan banyak koleksi dan barangan yang didatangkan istana diraja Kelantan. 



Bank Pitis

Salam. Sedikit perkongsian daripada minggu lalu. 




Petang Selasa 9 Disember 2025. Saya ada urusan di bandar raya Kota Bharu lalu terlihat tempat ini. 





Ia dipanggil Bank Pitis. 










Tempat ini digunakan semasa pemerintahan Sultan Muhammad III sebagai tempat menyimpan 'pitis' atau wang perbendaharaan dan dokumen penting kerajaan negeri Kelantan dahulu sebelum kedatangan British mula menjajah negeri ini. 






Wednesday, 10 December 2025

Masjid Mukim Binjai pada siang hari

Salam. 




Tengah hari Jumaat 31 Oktober 2025 saya ada satu majlis di Binjai, Kubang Kerian lalu singgah di masjid mukim ini. 









Saya pernah menunjukkannya dalam artikel lama berikut : 







Kedua-dua artikel ditunjukkan ini ketika itu waktu malam. 











Kali ini datang menunaikan solat Jumaat di masjid ini sambil menunjukkan pada waktu siang hari. 






















Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...