Monday, 24 January 2022

Masjid 'baru' Kampung Laut, Tumpat

Salam semua. Baru-baru ini saya dan keluarga pergi ke dua negeri di Pantai Timur. Ada beberapa tempat yang saya kongsikan...




Perjalanan secara rasminya bermula pada petang Jumaat 21 Januari 2022 yang mana saya dan keluarga pergi ke sekitar Kota Bharu untuk satu majlis di sana. Seterusnya pergi ke Kampung Laut, Tumpat dan sebelah malam itu juga saya terus singgah di masjid ini. 




Ia adalah masjid utama di Kampung Laut. Ianya menggantikan struktur masjid lama yang berada di Nilam Puri (sekarang ini masih dalam proses pemindahan semula ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Hanya dalam 20 km dari Nilam Puri). 




















Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Masjid ini memang baru tapi usianya telah mencecah dalam 55 tahun yang lalu. Dibandingkan dengan Masjid Kampung Laut yang lama telah mencecah usia ratusan tahun dan merupakan masjid tertua di Malaysia. 










Lihat ke dalam...

































Mimbar ini bukan mimbar masjid asalnya yang berusia ratusan tahun. Cuma mimbarnya berada di masjid lama di Kampung Surau Pasir Pekan. 



Friday, 31 December 2021

Madrasah At-Taqwa, Taman Wan Chik, Baung, Pengkalan Chepa

Salam Jumaat hari terakhir 2021. Satu perkongsian kecil...




Baru-baru ini saya ada satu majlis di Baung, Pengkalan Chepa. Di sebelahnya terdapat surau ini. 










Reka bentuknya amat menarik lalu terasa mahu mengambil gambarnya...































Saturday, 25 December 2021

Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut

Bersambung daripada Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak...




Di pekan Kuala Besut terlihat masjid ini lalu singgah untuk solat maghrib. 




Namanya Masjid Al-Jamhuriah. 




Masjid As-Syakirin, Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak

Salam penghujung tahun 2021. Ini satu perkongsian daripada perjalanan kecil minggu lepas. 



Jumaat 10 Disember 2021 saya membuat perjalanan ke Kuala Besut menggunakan jalan Tok Bali. Berhampiran jalan Pasir Puteh terlihat masjid ini. 




Namanya Masjid As-Syakirin di Kampung Haji Wan Omar, Air Tawar, Semerak. 











Lihat ke dalam...






















Sunday, 12 December 2021

Tapak kebakaran Madrasah Haji Idris, Kampung Kota, Wakaf Che Yeh 4 tahun lepas

Baik. Artikel sebelum ini melihat pada perubahan terkini pada Madrasah Haji Idris, Kampung Kota, Wakaf Che Yeh selepas 'bangkit' dari kebakaran surau papan pada 4 tahun lepas, antaranya : 





Maka kita terus imbas kenangan mengenai tapak kebakaran lama diimbau pada 4 tahun lalu. 





Tarikh pada gambar ini ialah 22 Julai 2017 masa itu saya masih di tingkatan lima belajar di SMK Kota. Saya pun harus mencari dalam pendrive lama untuk melihat keadaan selepas kebakaran surau ini. 




Untuk pengetahuan, surau ini telah dibakar oleh orang kurang siuman pada hari sebelum raya pada tahun tersebut. Dinding surau sebelum itu berwarna hijau. 




Masa itu, pekerja sedang mengalihkan serpihan kayu dan banyak lagi serpihan yang terbakar. 




Inilah pintu masuk utama. Mari melihat lebih dekat...





Dewan solat utama. 





Menara azan. Sehingga kini dengan adanya perubahan pada 2018, menara azan masih dikekalkan. 





Kolah hanya air bertakung sahaja. 












Untuk makluman, ini adalah artikel yang ke-99 di blogspot ini dan artikel seterusnya telah mencapai 100 artikel di blogspot ini semenjak 3 tahun mula mengaktifkan blogspot ini. 




Friday, 19 November 2021

Surau RTC, Tunjong


Pagi Sabtu lepas saya singgah di RTC Tunjong lalu terlihat surau ini. 




RTC atau Terminal Makanan Agro Negara (TEMAN) Kelantan di Tunjong ini memiliki sebuah surau yang begitu tertarik. 











Lihat ke dalam...















Masjid Mukim Binjai, Kubang Kerian

 

Salam Jumaat. Dua minggu lepas saya ke pantai sekitar Bachok. Di persimpangan Binjai, Kubang Kerian terlihat masjid ini dan singgah. 













Namanya Masjid Mukim Binjai. 










Lihat ke dalam...














Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...