Friday, 17 May 2019

Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu

Pada suatu hari di kawasan bandar Kota Bharu saya menunaikan solat Zohor di masjid ini.

Namanya dikenal pasti sebagai Masjid Sultan Muhammad II, Telipot.


Walaupun beberapa kali saya selalu singgah, hari inilah baru ditunjukkan gambar masjid ini.


Lihat ke dalam...






Saturday, 4 May 2019

Masjid Hijau, Jalan Bayam, Kota Bharu

Bersambung daripada Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang...

Semalam saya pulang dari tempat kerja di Cherang, Panji lalu singgah di masjid ini.


Saya tidak nampak nama masjid ini...

Letaknya di Jalan Bayam, Kota Bharu.


Namun biar ia dipanggil masjid hijau...





Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang

Salam semua. Ada sedikit perkongsian setelah hampir sebulan menyepikan diri...

Rabu lepas saya pergi ke Pulau Gajah lalu singgah di Masjid Ar-Rahman.


Ketika itu saya pernah singgah di masjid baru ini pada waktu malam lalu melihat artikel Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah dibuat pada 8 bulan yang lalu. Masjid ini baru siap dibina setahun yang lalu.


Ia menggantikan masjid lama yang terletak berhadapan dengan masjid ini. Gambar ketika itu, masjid lama sudah dikunci dan tidak dapat melihat ke dalam. Lihat artikel Masjid lama Pulau Gajah.


Walaupun kedudukan masjid ini jauh di dalam kampung, ini adalah kali keempat saya singgah di masjid ini. Dicampur ketika itu saya singgah di masjid lama.



Sekarang ditunjukkan gambar-gambar ini pada waktu siang...









Di halaman masjid terdapat juga 'batu bersurat' yang diukir ayat al-Quran.





Sunday, 7 April 2019

Surau Kota Darulnaim, Kota Bharu pada waktu siang

Salam 1 Syaaban. Satu perkongsian pendek...

Khamis lepas saya ada urusan di Pejabat PMBK, Kota Darulnaim lalu terlihat surau ini berada di dalam kawasan pejabat Kota Darulnaim.

Binaan surau ini amat menarik dan kelihatannya seperti masjid.

Empat bulan lepas saya pernah singgah di surau ini pada waktu malam semasa melihat lampu-lampu terang cantik di kawasan Kota Darulnaim lalu melihat artikel Surau Kota Darulnaim, Kota Bharu.


Sekarang biar kita tunjukkan gambar-gambar ini pada waktu siang...






Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Melawi

Bersambung daripada  Tanah perkuburan Islam Kampung Huda, Kubang Kerian ... Petang pergi ke Melawi lalu singgah di masjid ini.  Saya pernah ...