Friday, 19 December 2025

Istana Jahar

Bersambung daripada Istana Balai Besar...




Berdekatan dengan Istana Balai Besar, satu lagi bangunan yang menarik iaitu Istana Jahar. 





Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II bertujuan untuk dikurniakan kepada Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara untuk menjadikan istananya pada asalnya. 











Ia dinamakan bersemperna dengan nama pokok Jahar yang ditanam di hadapan istana. 















Sekarang istana lama ini dijadikan muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan kemudian dibuka kepada orang awam pada tahun 1992. 





































Istana Balai Besar

Bersambung daripada Bank Pitis...





Bersebelahan dengan Bank Pitis, terdapat sebuah lagi bangunan menarik yang dinamakan Istana Balai Besar. 





Dahulu tempat ini pernah dijadikan istana negeri di mana tempat bersemayam Sultan Kelantan suatu masa dahulu, sebelum terbinanya sekarang yang terletak di Kubang Kerian. 










Cuma sayangnya hanya gambar ini sahaja yang saya tunjukkan di hadapan pintu masuk kawasan ini. Pengunjung dilarang masuk dan mengambil gambar. 










Walau begitu, saya boleh memberitahu tempat ini menyimpan banyak koleksi dan barangan yang didatangkan istana diraja Kelantan. 



Bank Pitis

Salam. Sedikit perkongsian daripada minggu lalu. 




Petang Selasa 9 Disember 2025. Saya ada urusan di bandar raya Kota Bharu lalu terlihat tempat ini. 





Ia dipanggil Bank Pitis. 










Tempat ini digunakan semasa pemerintahan Sultan Muhammad III sebagai tempat menyimpan 'pitis' atau wang perbendaharaan dan dokumen penting kerajaan negeri Kelantan dahulu sebelum kedatangan British mula menjajah negeri ini.