Salam semua. Baru-baru ini saya dan keluarga pergi ke dua negeri di Pantai Timur. Ada beberapa tempat yang saya kongsikan...
Perjalanan secara rasminya bermula pada petang Jumaat 21 Januari 2022 yang mana saya dan keluarga pergi ke sekitar Kota Bharu untuk satu majlis di sana. Seterusnya pergi ke Kampung Laut, Tumpat dan sebelah malam itu juga saya terus singgah di masjid ini.
Ia adalah masjid utama di Kampung Laut. Ianya menggantikan struktur masjid lama yang berada di Nilam Puri (sekarang ini masih dalam proses pemindahan semula ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Hanya dalam 20 km dari Nilam Puri).
Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1967. Masjid ini memang baru tapi usianya telah mencecah dalam 55 tahun yang lalu. Dibandingkan dengan Masjid Kampung Laut yang lama telah mencecah usia ratusan tahun dan merupakan masjid tertua di Malaysia.
Lihat ke dalam...
Mimbar ini bukan mimbar masjid asalnya yang berusia ratusan tahun. Cuma mimbarnya berada di masjid lama di Kampung Surau Pasir Pekan.