Saturday, 1 February 2020

Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

Salam. Pergi ke hari ke-2 yang juga terakhir perjalanan pusing Terengganu selama 2 hari. Bersambung daripada Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu...

Ahad 26 Januari 2020. Kami pergi ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu lalu terlihat Masjid Kristal. 

Masjid Kristal antara terkenal di Malaysia khususnya di dunia. Masjid ini sering diwar-warkan sebagai satu simbol kemodenan Islam di Malaysia. 


Nama pun kristal, tetapi sebenarnya ia bukanlah dibuat daripada kristal tetapi kaca seperti kristal dan besi keluli sebagai penyokong. 

Cuma ketika sampai masjid ini sudah ditutup maka tidak dapat melihat ke dalam. 

Rupanya masjid ini sedang dibaik pulih bagi tujuan keselamatan.

Cukuplah hanya melihat gambar-gambar dari luar masjid sahaja.


Wednesday, 29 January 2020

Surau Haji Sabari, Kuala Terengganu

Bersambung daripada Masjid Abidin, Kuala Terengganu...

Dari bandar Kuala Terengganu kami melalui jalan ke homestay lalu singgah di surau ini. 


Namanya Surau Haji Sabari.


Lihat ke dalam...








Masjid Abidin, Kuala Terengganu

Bersambung daripada Masjid Tok Wan, Wakaf Lichong, Pasir Puteh...

Sebaik memasuki bandar Kuala Terengganu kami terus singgah di masjid ini. 


Namanya Masjid Abidin, merupakan masjid negeri bagi Terengganu. 


Lihat ke dalam..


Dikenali juga sebagai Masjid Putih kerana masjidnya berwarna putih.




Dewan solat utama rupanya berada di sisi bahagian dalam belakang.





Ia turut dikenali sebagai Masjid Besar Kuala Terengganu telah dipulihara Jabatan Warisan Negara.

Masjid Tok Wan, Wakaf Lichong, Pasir Puteh

Salam semua. Baru-baru ini kami sekeluarga membuat satu perjalanan di Terengganu selama 2 hari. Ada sedikit perkongsian setelah diselang-selikan daripada perjalanan pusing-pusing ke Lembah Klang 18-26 Disember 2019. 

Sabtu 25 Januari 2020. Kami melalui jalan Pasir Puteh ke Jerteh lalu singgah di masjid ini. 

Namanya Masjid Tok Wan, Wakaf Lichong, Pasir Puteh.



Lihat ke dalam...




Kemudian baru perasan menara azannya terletak di sisi luar belakang masjid.