Sunday, 30 December 2018

Masjid Mukim Bunut Payong, Wakaf Che Yeh

Bersambung daripada Masjid Al-Tarbiyah Al-Islamiah, Wakaf Che Yeh...

Khamis lepas saya ada kerja sehari di Bunut Payong lalu singgah di masjid ini.


Masjid ini terserlah moden dengan senibina kemelayuan walaupun berada berdekatan dengan jalan kesibukan kota.

Ia adalah Masjid Mukim Bunut Payong.

Letaknya berdekatan dengan pekan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.


Lihat ke dalam...


Untuk pengetahuan ini adalah artikel yang ke-27 di dalam blogspot ini.




Sedar tak sedar ada 2 hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2019. Kiranya ini adalah artikel terakhir untuk tahun 2018.

Masjid Al-Tarbiyah Al-Islamiah, Wakaf Che Yeh

Salam semua. Sudah hampir setengah bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Biar dibuat perkongsian...

Dua minggu lepas saya dan rakan pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu lalu singgah solat Zohor di masjid ini dinamakan Masjid Al-Tarbiyah Al-Islamiah.

Letaknya di pekan Wakaf Che Yeh, dalam 5 km dari rumah saya.



Lihat ke dalam...




Tuesday, 20 November 2018

Surau Kota Darulnaim, Kota Bharu

Salam semua. Satu perkongsian ringkas...

Malam tiga hari lalu saya dan keluarga pergi ke Kota Darulnaim lalu terlihat surau ini.

Nampaknya ia seperti masjid...

Tapi ini adalah surau di dalam kawasan Kota Darulnaim, iaitu dalam bangunan SUK Kelantan.


Kebiasaan surau ini digunakan untuk para kakitangan, penjawat awam, Exco kerajaan yang bertugas di bangunan SUK Kelantan dan para pengunjung yang berkunjung di kawasan Kota Darulnaim menunaikan solat.




Thursday, 15 November 2018

Masjid Mukim Kuala Melawi, Bachok

Bersambung daripada Masjid Mukim Kuala Semerak, Tok Bali, Pasir Puteh...

Selepas meninggalkan Bukit Keluang, Besut, kami singgah di Pantai Melawi, Bachok di mana terdapat masjid ini.


Namanya Masjid Mukim Kuala Melawi.



Lihat ke dalam...

Untuk makluman ini adalah artikel yang ke-24 di dalam blogspot ini.





Masjid Mukim Kuala Semerak, Tok Bali, Pasir Puteh

Salam semua. Hujung minggu lepas saya bersama keluarga pergi ke Bukit Keluang, Besut. Ada beberapa perkongsian yang saya akan kongsi...

Sebelum perjalanan itu singgah di Masjid Mukim Kuala Semerak, Tok Bali, Kelantan.

Zaman ketika itu saya pernah singgah di masjid ini dalam 6 kali beberapa tahun lalu. Walaupun sekian lama tak singgah, ini baru saya nak singgah di masjid ini.


Lihat ke dalam...




Monday, 12 November 2018

Masjid Al-Quddus, Paya Bemban

Salam semua. Ini daripada perkongsian daripada hampir 2 minggu lepas...

Di Paya Bemban, Kota Bharu saya singgah di Masjid Al-Quddus. 



Lihat ke dalam...