Bersambung daripada Masjid lama Pulau Gajah...
Ini pula adalah masjid baru di Pulau Gajah...
Singgah di Masjid Ar-Rahman pada senja itu juga.
Di bawah menara ada tempat wuduk yang berlainan kepala paipnya.
Biasanya tidak dijumpai di Malaysia ada paip wuduk yang menyerupai celak mekah. Tetapi kebiasaannya hanya berada di Turki sahaja yang mempunyai paip seperti ini.
Difahamkan masjid ini baru dibuka 5 bulan lalu. Nampaknya ia menggantikan masjid lama (rujuk artikel Masjid lama Pulau Gajah di blogspot Jom ke Masjid) yang terletak berhadapan dengan masjid baru ini.
Ini kerana reka bentuknya dibuat berdasarkan reka bentuk masjid Nusantara yang lain.
Selepas itu kita lihat ke dalam...
Keseluruhan binaan diperbuat daripada kayu.
Katanya ia dibina oleh Dato Wan Mohamad Arif, merupakan seorang jutawan Melayu menggunakan duit sendiri untuk sumbangan kepada masyarakat ini.
Kos keseluruhannya tak silap saya dalam RM 4 juta.
Di halaman masjid ini ada batu besar yang berukir ayat al-Quran. Saya tertarik juga tetapi kelihatan seperti 'batu bersurat'.
Masjid dan surau di seluruh dunia (Mosques and suraus around the world). Second blog Nota Untukmu (notauntukmu01.blogspot.com)
Wednesday, 19 September 2018
Masjid lama Pulau Gajah
Bersambung daripada Masjid Man Aa Mana, Tanjung Chat...
Petang itu juga saya pergi ke pantai Sabak lalu singgah di Pulau Gajah di mana terdapat masjid lama ini.
Nampaknya ia adalah masjid lama Pulau Gajah sebelum didirikan sebuah masjid baru yang besar.
Zaman kanak-kanak dulu saya pernah singgah masjid lama ini masa itu ketika bersama keluarga pergi menjala ikan di Pulau Gajah.

Masjid Man Aa Mana, Tanjung Chat
Salam semua. Ada sedikit perkongsian daripada dua tiga hari lepas...
Ahad lepas saya pergi ke Tanjung Chat untuk ada satu majlis lalu terlihat masjid ini lalu singgah solat Asar.
Namanya Masjid Man Aa Mana.
Letaknya di belakang asrama KTD iaitu tempat saya menyambung pelajaran.
Ia dibuka secara rasmi pada tahun 2009.
Lihat ke dalam...

Sunday, 16 September 2018
Surau Alor Ladang, Beserah, Kuantan
Bersambung daripada Surau Kampung Baharu, Beserah, Kuantan...
Di Alor Ladang, Beserah, Kuantan terdapat sebuah lagi surau. Letaknya tidak jauh dari homestay tempat kami menginap.
Ia adalah surau untuk kawasan ini...
Sayangnya surau sudah berkunci. Jadi tidak dapat melihat ke dalam. Cukuplah gambar ini ya...

Surau Kampung Baharu, Beserah, Kuantan
Salam. Masuk hari terakhir perjalanan di Pantai Timur selama 2 hari. Bersambung daripada Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah...
Pagi Sabtu 8 September 2018. Kami pergi bersantai di Pantai Beserah, Kuantan di mana terdapat surau lama di pinggir pantai.
Ia adalah surau Kampung Baharu.
Surau ini sememangnya bangunan lama, tapi saya rasa mahu juga mengambil gambarnya. Untuk makluman anda ini adalah artikel yang ke-15 di dalam blogspot ini.

Friday, 14 September 2018
Masjid Al-Fattah, Kampung Kota, Kota Bharu
Bersambung daripada Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota...
Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini.
Namanya Masjid Al-Fattah. Letaknya di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Lihat ke dalam...
Tengah hari itu juga saya singgah di masjid ini.
Namanya Masjid Al-Fattah. Letaknya di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Lihat ke dalam...
Surau baru di tapak kebakaran Surau Haji Idris, Kampung Kota
Keluar sebentar daripada cerita-cerita mengenai tempat-tempat di Pantai Timur...
Rabu lepas saya terlihat surau baru ini.
Saya pernah lalu ketika tahun lepas surau itu terbakar malam raya 2017. Ketika itu hanya tinggal abu sahaja.
Saya pernah lalu ketika sebulan dua lepas ketika itu surau baru ini sedang dibina. Saya pun tak ingat nama surau baru ini.
Ini adalah kali pertama saya singgah di surau baru di tapak kebakaran...